Tuesday 29 May 2012

PERKHIDMATAN KELAS SATU


A. KESELESAAN DAN PEMANDUAN BERHEMAH

Setiap pemandu bertanggungjawab terhadap basnya termasuk penumpang yang dibawanya. Pematuhan kepada hadlaju memastikan tiada rungutan dari penumpang serta bas yang telah dibersihkan dan disemak ‘check list’ akan memberikan keselesaan dan atmosfera yang tenteram dan selesa.
Pemandu juga sentiasa dingatkan supaya mematuhi etika pemandu dan memastikan memandu dalam keadaan berhati hati dan berhemah supaya tidak melanggar peraturan dari pihak berkuasa.
Laluan serta kelajuan dikawal selia setiap hari menggunakan sistem ‘Global Positioning System’ atau GPS yang membolehkan pengurusan bertindak pantas memberikan arahan ketika perlu.

B.  PENYELENGGARAN KOC YANG KONSISTEN

Pada masa ini penyelenggaran bas secara berkala dilaksanakan oleh pembekal koc eksekutif iaitu Scania (M) Sdn Bhd melalui kontrek perjanjian dengan PMMSB. Walau bagaimana pun dua orang mekanik di tugas melakukan kerja kerja pembaikan kecil dan di selia oleh penyelia penyelenggaraan.
Aktiviti ini akan dapat membantu selenggaraan bas lebih cepat, sempurna dan memastikan bas yang telah diselenggara tidak menghadapi sebarang masalah semasa perjalanan yang melibatkan penumpang.

C.  KHIDMAT MESRA KAKITANGAN KAUNTER

Kakitangan dan kerani kaunter telah berikrar mematuhi etika kakitangan serta beriltizam menunaikan piagam pelanggan yang berurusan dengan PMMSB. Telah dinyatakan dengan jelas setiap penumpang akan dilayan tanpa diskriminasi, bersopan serta akan diberi nasihat atau pelan perancangan perjalanan terbaik.
Kakitangan yang berpakaian kemas, tertib dengan senyuman mesra dibantu system ‘e ticketing’ akan memberi perkhidmatan dengan cekap serta melayan setiap kerenah pelanggan secara berhemah dan berbudi bahasa.

3 comments:

  1. Cekap menatang apa?? Aku naik dri shah alam ke sg.petani... dri shah alam td pkol 5 ptg ttiba pegi duta plak... pastu ha nih smpi kol 7 stengah x jln2 lgi... mcm sial prkhdmatan.. ptut la mmber2 aku kta bas pancaran jgn naek sbb ni la... mmg haramjadah la... bek aku naek bas mlm ja klu mcm ni...

    ReplyDelete
  2. Cekap menatang apa?? Aku naik dri shah alam ke sg.petani... dri shah alam td pkol 5 ptg ttiba pegi duta plak... pastu ha nih smpi kol 7 stengah x jln2 lgi... mcm sial prkhdmatan.. ptut la mmber2 aku kta bas pancaran jgn naek sbb ni la... mmg haramjadah la... bek aku naek bas mlm ja klu mcm ni...

    ReplyDelete
  3. salam kepada pengurusan bas pancaran matahari,apakah pemandu bas ini mematuhi etika di belakang pihak pengurusan,contohnya hr ini sy telah mengalami kelewatan yg keterlaluan utk hadir mesyuarat penting dikuantan disebabkan pemandu bas behenti di hentian sebelah maran atas urusan busines diantara pemandu bas dgn pihak lain,bas behenti tunggu client mereka sampai ambil barang dari bas dr jam 6.45pg sehingga jam 7.30am dengan pemandu meninggalkan penumpang tanpa maklum..sy telah rakam perbuatan pamandu ini sebagai bukti lapuran..bas yg sepatut smp kuantan tidak lbh jam 7.30am tetapi hr ini bas terlalu lewat dr kebiasaan sy naik.harap ada tindakan.

    ReplyDelete