Wednesday 30 May 2012

KESIMPULAN


Profail syarikat PMMSB ini dibentuk dari pengalaman yang telah dilalui oleh Pengarah Urusannya bermula dari ‘scratch’ 10 unit bas yang diluluskan terdahulu. Bilangan bas ekspres sedia ada setelah ditambah pada tahun 2011 menjadikannya 20 buah.

Menerusi kepakaran, pengalaman, usaha dan tenaga berterusan akan memberikan pulangan yang memuaskan kepada pemegang sahamnya selain memberi ketunaian yang mencukupi di sepanjang tempoh perniagaan ini.

Profail ini di harap boleh membantu pihak yang ingin berurusan dengan PMMSB supaya menilai secara keseluruhan keupayaan, pengurusan dan pasaran yang telah dikembangkannya setelah dua tahun beroperasi melibatkan diri dalam industri pengangkutan di Malaysia.

Pihak kerajaan telah menumpukan usaha menambahbaik terminal bas seluruh negara, dan di pihak lagi satu, pengusaha bas telah pun menaik taraf koc eksekutif masing masing supaya memenuhi kehendak masyarakat yang memerlukan keselesaan ketika melakukan perjalanan yang jauh.

Adalah di harap para pengguna akan menghargai kemudahan kelas pertama yang di sedia di setiap laluan perjalanan oleh kedua dua pihak serta menggunakan kemudahan tersebut secara berhemah dan bijaksana.

Projek bas ekspres untuk 3 laluan perjalanan yang telah diluluskan LPKP dengan 8 buah bas ‘single deck’ dan 12 buah bas ‘double deck’ adalah projek yang berdaya maju untuk dilaksanakan serta dapat merealisasikan transfomasi perkhidmatan pengangkutan awam bertaraf negara maju pada tahun 2020 nanti.

No comments:

Post a Comment