Tuesday 29 May 2012

LATAR BELAKANG PANCARAN MATAHARI SDN. BHD.


Pancaran Matahari (M) Sdn Bhd, PMMSB telah ditubuhkan pada 4hb April 2007 untuk memberi alternatif kepada perkhidmatan pengangkutan bas ekspres di Malaysia. Permohonan awal PMMSB telah diluluskan sebanyak 10 lesen kenderaan perdagangan kelas bas ekspres melalui surat Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan bertarikh 22hb November 2007.

Pada masa kini, PPMSB sedang mengendalikan pengangkutan pergi balik dari Sintok ke Klang, Sintok ke Melaka serta dari Klang ke Johor Bahru. Perkhidmatan ini telah mendapat permintaan yang tinggi kerana layanan servis yang baik serta mesra terhadap pelanggannya terutama masyarakat Changlun amnya dan mahasiswa Universiti Utara Malaysia khususnya.

PPMSB telah diasaskan dengan tekad memberikan keselesaan kepada penumpang serta layanan mesra, perkhidmatan cekap dan keselamatan diutamakan sampai  ke destinasi. Pilihan perkhidmatan ini juga memberikan kemudahan pembelian tiket bagi kira kira satu juta pengguna terdiri dari penuntut ( UUM, UiTM, UNIMAP, USM, UNIPETRONAS, POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI, INSTITUT PERGURUAN, INSTITUT KEMAHIRAN) serta penduduk Utara, Tengah dan Selatan Semenanjung.

Oleh kerana pertambahan permintaan ini, Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan telah meluluskan lagi pada 20hb March 2009, 20 lesen baru untuk 5 unit laluan Changlun ke Klang, 5 unit laluan Kuala Lumpur ke Johor Bahru serta 10 unit lagi laluan Changlun ke Kuala Lumpur. Sehubungan itu, PMMSB merancang menambah bilangan bas ekspres milik syarikat dan melebarkan perkongsian pasaran serta membantu merancakkan lagi aktiviti syarikat di masa hadapan.

No comments:

Post a Comment