Tuesday 29 May 2012

ASPEK PASARAN PANCARAN MATAHARI


A.  PASARAN SECARA AM

Pengangkutan bas ekspres adalah merupakan pilihan utama dan popular antara pengangkutan awam yang ditawarkan kepada masyarakat di Malaysia. Kos perkhidmatannya tidak terlalu mahal berbanding teksi atau kereta sewa dan kapalterbang serta dengan pelbagai pilihan, perkhidmatan bas ekspres telah meningkat penggunaannya.

Dalam era globalisasi ini, penumpang lebih cerewet dan memilih syarikat pengangkutan bas ekspres yang hanya menepati citarasa mereka kerana terdapat pelbagai pilihan bas yang boleh dinaiki. Antara kriteria pilihan penumpang adalah keselesaan tempat duduk, bas baru dan menarik, keselamatan penumpang, kekerapan jadual dan laluan perjalanan, waktu perjalanan yang sesuai, pemandu yang berhemah dan mesra serta harga tiket yang berpatutan.

Pasaran utama adalah tertumpu kepada penduduk di Pantai Barat Semenanjung Malaysia seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor yang diliputi oleh lesen laluan tersebut.

Terkini, pasaran yang akan digarap syarikat meliputi pengguna yang sering melakukan perjalanan kerja secara harian dan mingguan ke bandar bandar. Sebahagian besar penumpang juga terdiri dari pelajar atau penuntut dari universiti, kolej swasta, politeknik yang berada di sekitar laluan Pantai Barat dan Pantai Timur. Kebanyakan perjalanan berkumpulan sekeluarga pula sering memenuhi segmen musim cuti sekolah dan ketika musim perayaan utama di Malaysia. Seterusnya perkhidmatam PMMSB juga menjadi kegemaran perjalanan pelancong pelancong samada tempatan atau luar negeri

B.  PASARAN SYARIKAT

Laluan perkhidmatan bas PMMSB kini menggunakan 20 buah bas ekspres baru berjenama Scania iaitu 12 unit ‘double decker’ dan 8 unit ‘single decker’meliputi dua laluan utama dan satu laluan baru iaitu:

I Kuala Perlis – Kangar - Sintok - Changlun –
Jitra – Alor Setar –Sungai Petani – Butterworth 
Ipoh – Kuala Lumpur – Shah Alam – 
Klang –Kajang - Seremban – Melaka  dan sebaliknya.

II Klang – Shah Alam - Kuala Lumpur – 
Kajang – Seremban – Melaka – Johor Bahru dan sebaliknya.

III Laluan yang akan bermula tahun 2011 ialah 
Jitra -Kuala Perlis – Kangar - Sintok-Changlun –
Alor Setar - Sungai Petani – Butterworth – 
Kulim - Kota Bharu - Kuala Terengganu dan sebaliknya



Jumlah bilangan penumpang di kesemua laluan ini telah bertambah akibat keselesaan dan perkhidmatan mesra yang diberikan oleh kakitangan PMMSB yang berdedikasi. Pasaran menjangkau 80 % kerana sistem jualan tiket bas setiap laluan disokong melalui kaunter yang berhubung terus melalui sistem e ticketing dan terdapat lapan kaunter sedia ada milik syarikat di:


I
Changlun
:
No 12, Arked Stesyen
 Bas dan Teksi, Changlun
II
Jitra
:
No 12, Kiosk Kaunter Bas Ekspres,
Bandar Darulaman
III
Alor Setar
:
Kaunter 12, Terminal Bas
Shahab Perdana, Alor Setar
IV
Hentian Duta
:
No 23 &24, Hentian Duta,
Kuala Lumpur
V
Terminal Pudu
:
No 39, Terminal Puduraya,
 Kuala Lumpur
VI
Terminal TBS
:

Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur
VII
Melaka Sentral
:
Kaunter No 3B, Jln Tun Abd Razak,
Peringgit, 73500 Melaka
VIII
Shah Alam
:
Seksyen 17, Shah Alam
IX
Johor Bahru
:
Lot Bt 42, Tingkat Bawah,
Larkin Central, Johor Bahru
X
Kota Bharu
:
No 6, Lembah Sireh,
 TESCO Kota Bharu


Setelah lebih dua tahun beroperasi PMMSB telah memberikan perkhidmatan pengangkutan kepada kira kira lebih 500 ribu pengguna tidak termasuk perkhidmatan ‘charter’yang juga termasuk dalam jadual aktivitinya. Ini bermakna masih terdapat kekosongan segmen pasaran yang dan adanya lompang yang masih boleh terokai.

C.  PERSAINGAN

Persaingan dikatakan sihat kerana terdapat ramai ‘pemain’ yang bergiat cergas memberikan perkhidmatan dan kualiti bergerak seiring meningkat mengikut kehendak pasaran. Bilangan pesaing pada masa ini untuk laluan PMMSB adalah agak selesa kerana setiap pengusaha bas ada kekuatan masing masing dan mempunyai ‘market share’ yang tersendiri.

Tambahan pula, lesen laluan yang baru diperolehi dapat menampung permintaan terhadap syarikat yang telah menamatkan perkhidmatan mereka seperti Tunjang, Naela, Taiping Holidays, Ekoba, Ekora dan Zulco. Terdapat juga pengusaha bas ekspres yang memulakan langkah konsolidasi terhadap perkhidmatan  mereka untuk pengurusan yang lebih efisyen dan menjimatkan.

Bagi laluan Tengah dan Selatan Semenanjung pertambahan bilangan penumpang adalah amat ketara sekali kerana ekonomi Malaysia masih bergerak pada landasan betul selaras dengan rangsangan ekonomi yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri. Langkah kerajaan melaksanakan dua kali rangsangan ekonomi telah merancakkan semula aktiviti tempatan serta tidak menyekat pengguna berbelanja dengan berhemah dan melakukan perjalanan sekiranya perlu.

Laluan Pantai Timur juga akan diteroka oleh PMMSB dalam pembangunan Fasa III syarikat di mana pengembelengan lojistik, modal insan dan pengurusan yang lebih menjurus kepada melengkapkan peranan syarikat di bidang pengangkutan awam.

No comments:

Post a Comment