Wednesday 30 May 2012

KESIMPULAN


Profail syarikat PMMSB ini dibentuk dari pengalaman yang telah dilalui oleh Pengarah Urusannya bermula dari ‘scratch’ 10 unit bas yang diluluskan terdahulu. Bilangan bas ekspres sedia ada setelah ditambah pada tahun 2011 menjadikannya 20 buah.

Menerusi kepakaran, pengalaman, usaha dan tenaga berterusan akan memberikan pulangan yang memuaskan kepada pemegang sahamnya selain memberi ketunaian yang mencukupi di sepanjang tempoh perniagaan ini.

Profail ini di harap boleh membantu pihak yang ingin berurusan dengan PMMSB supaya menilai secara keseluruhan keupayaan, pengurusan dan pasaran yang telah dikembangkannya setelah dua tahun beroperasi melibatkan diri dalam industri pengangkutan di Malaysia.

Pihak kerajaan telah menumpukan usaha menambahbaik terminal bas seluruh negara, dan di pihak lagi satu, pengusaha bas telah pun menaik taraf koc eksekutif masing masing supaya memenuhi kehendak masyarakat yang memerlukan keselesaan ketika melakukan perjalanan yang jauh.

Adalah di harap para pengguna akan menghargai kemudahan kelas pertama yang di sedia di setiap laluan perjalanan oleh kedua dua pihak serta menggunakan kemudahan tersebut secara berhemah dan bijaksana.

Projek bas ekspres untuk 3 laluan perjalanan yang telah diluluskan LPKP dengan 8 buah bas ‘single deck’ dan 12 buah bas ‘double deck’ adalah projek yang berdaya maju untuk dilaksanakan serta dapat merealisasikan transfomasi perkhidmatan pengangkutan awam bertaraf negara maju pada tahun 2020 nanti.

GAMBAR BAS PANCARAN MATAHARI








Tuesday 29 May 2012

PERKHIDMATAN KELAS SATU


A. KESELESAAN DAN PEMANDUAN BERHEMAH

Setiap pemandu bertanggungjawab terhadap basnya termasuk penumpang yang dibawanya. Pematuhan kepada hadlaju memastikan tiada rungutan dari penumpang serta bas yang telah dibersihkan dan disemak ‘check list’ akan memberikan keselesaan dan atmosfera yang tenteram dan selesa.
Pemandu juga sentiasa dingatkan supaya mematuhi etika pemandu dan memastikan memandu dalam keadaan berhati hati dan berhemah supaya tidak melanggar peraturan dari pihak berkuasa.
Laluan serta kelajuan dikawal selia setiap hari menggunakan sistem ‘Global Positioning System’ atau GPS yang membolehkan pengurusan bertindak pantas memberikan arahan ketika perlu.

B.  PENYELENGGARAN KOC YANG KONSISTEN

Pada masa ini penyelenggaran bas secara berkala dilaksanakan oleh pembekal koc eksekutif iaitu Scania (M) Sdn Bhd melalui kontrek perjanjian dengan PMMSB. Walau bagaimana pun dua orang mekanik di tugas melakukan kerja kerja pembaikan kecil dan di selia oleh penyelia penyelenggaraan.
Aktiviti ini akan dapat membantu selenggaraan bas lebih cepat, sempurna dan memastikan bas yang telah diselenggara tidak menghadapi sebarang masalah semasa perjalanan yang melibatkan penumpang.

C.  KHIDMAT MESRA KAKITANGAN KAUNTER

Kakitangan dan kerani kaunter telah berikrar mematuhi etika kakitangan serta beriltizam menunaikan piagam pelanggan yang berurusan dengan PMMSB. Telah dinyatakan dengan jelas setiap penumpang akan dilayan tanpa diskriminasi, bersopan serta akan diberi nasihat atau pelan perancangan perjalanan terbaik.
Kakitangan yang berpakaian kemas, tertib dengan senyuman mesra dibantu system ‘e ticketing’ akan memberi perkhidmatan dengan cekap serta melayan setiap kerenah pelanggan secara berhemah dan berbudi bahasa.

ASPEK TEKNIKAL PANCARAN MATAHARI


A.  FLEET BAS
PMMSB mempunyai 20 buah bas seperti berikut:

BIL
PERKARA
PLAT BAS
PEMBEKAL
1
New Scania Single
KCJ8388
SKS Coachbuilders

Decker I14IB4X2  air
KCJ8588
Sdn. Bhd

suspension bus
KCJ8688


complete with 30 seats
KCJ8788





2
Luxury Super VIP



Double Decker
WSA8188
SKS Coachbuilders

with new Scania double
WSA8288
Sdn. Bhd

axles model
KCJ8988


K124EB6X2LI 420 hp bus
KCM8988


chasis plus additional



alternator and accessories



38 seats






3
K30IB6X2 38 seater
KCQ8188
SKS Coachbuilders


KCQ8288
Sdn. Bhd


KCQ8388



KCQ8588



KCQ8988





4
K30IB4X2 30 seater
KCQ8688
SKS Coachbuilders


KCQ8788
Sdn. Bhd




5
U8K420EB6X2 D/Deck
KCU 8888
SKS Coachbuilders

38 seater
KCX 8888
Sdn. Bhd


KCY 8888





6
K380IB4X2 S/Deck
KDA 8188
SKS Coachbuilders

30 seater
KDA 8288
Sdn. Bhd

B.  PEJABAT OPERASI

Arahan dan peraturan dikeluarkan adalah dilaksana dari pejabat utama di No 1503, Tingkat 15, Cambell Complex, Jalan Dang Wangi, 50100 Kuala Lumpur. Walaubagaimana pun kerja kerja penyelenggaran bas dilaksanakan di pejabat operasi di Alor Setar bertempat di No 215, Jalan Shahab 4, Shahab Perdana, 05150 Alor Setar, Kedah.

C.  BENGKEL

Kesemua bas PMMSB diselenggarakan oleh pihak pembekal selama setahun dan berdasarkan pengalaman bas terdahulu, sentiasa berada ditahap yang memuaskan.Walau pun begitu terdapat pembaikan dan penyelenggaraan kecil yang dilakukan sendiri oleh PMMSB kerana mempunyai seorang penyelia penyelenggaraan dan dua orang mekanik.
Unit ini juga mempunyai peralatan secukupnya seperti pam air bertekanan tinggi,
Pam angin bertekanan tinggi, jack bertekanan, ‘tool and spanner’,alat ganti bas serta sebuah stor menyimpan alat ganti.
PMMSB juga sedang mendirikan sebuah bengkel bas yang lengkap dengan penginapan pemandu di Bukit Pinang, Kepala Batas, Kedah  setelah diluluskan Majlis Bandaraya Alor Setar.

D.  UNIT RESPONS

Unit kecemasan ini dilengkapi dengan peralatan mudah alih serta ‘tool & spanner’dan dimuatkan kedalam kenderaan pikap yang boleh digerakkan 24 jam sekiranya berlaku sebarang kerosakan ke atas bas ekspres. Unit ini dianggotai oleh empat orang mekanik yang diselia oleh Penyelia Penyelenggaraan dan mereka ditempatkan di Pejabat Operasi di Alor Setar.

ASPEK PASARAN PANCARAN MATAHARI


A.  PASARAN SECARA AM

Pengangkutan bas ekspres adalah merupakan pilihan utama dan popular antara pengangkutan awam yang ditawarkan kepada masyarakat di Malaysia. Kos perkhidmatannya tidak terlalu mahal berbanding teksi atau kereta sewa dan kapalterbang serta dengan pelbagai pilihan, perkhidmatan bas ekspres telah meningkat penggunaannya.

Dalam era globalisasi ini, penumpang lebih cerewet dan memilih syarikat pengangkutan bas ekspres yang hanya menepati citarasa mereka kerana terdapat pelbagai pilihan bas yang boleh dinaiki. Antara kriteria pilihan penumpang adalah keselesaan tempat duduk, bas baru dan menarik, keselamatan penumpang, kekerapan jadual dan laluan perjalanan, waktu perjalanan yang sesuai, pemandu yang berhemah dan mesra serta harga tiket yang berpatutan.

Pasaran utama adalah tertumpu kepada penduduk di Pantai Barat Semenanjung Malaysia seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor yang diliputi oleh lesen laluan tersebut.

Terkini, pasaran yang akan digarap syarikat meliputi pengguna yang sering melakukan perjalanan kerja secara harian dan mingguan ke bandar bandar. Sebahagian besar penumpang juga terdiri dari pelajar atau penuntut dari universiti, kolej swasta, politeknik yang berada di sekitar laluan Pantai Barat dan Pantai Timur. Kebanyakan perjalanan berkumpulan sekeluarga pula sering memenuhi segmen musim cuti sekolah dan ketika musim perayaan utama di Malaysia. Seterusnya perkhidmatam PMMSB juga menjadi kegemaran perjalanan pelancong pelancong samada tempatan atau luar negeri

B.  PASARAN SYARIKAT

Laluan perkhidmatan bas PMMSB kini menggunakan 20 buah bas ekspres baru berjenama Scania iaitu 12 unit ‘double decker’ dan 8 unit ‘single decker’meliputi dua laluan utama dan satu laluan baru iaitu:

I Kuala Perlis – Kangar - Sintok - Changlun –
Jitra – Alor Setar –Sungai Petani – Butterworth 
Ipoh – Kuala Lumpur – Shah Alam – 
Klang –Kajang - Seremban – Melaka  dan sebaliknya.

II Klang – Shah Alam - Kuala Lumpur – 
Kajang – Seremban – Melaka – Johor Bahru dan sebaliknya.

III Laluan yang akan bermula tahun 2011 ialah 
Jitra -Kuala Perlis – Kangar - Sintok-Changlun –
Alor Setar - Sungai Petani – Butterworth – 
Kulim - Kota Bharu - Kuala Terengganu dan sebaliknya



Jumlah bilangan penumpang di kesemua laluan ini telah bertambah akibat keselesaan dan perkhidmatan mesra yang diberikan oleh kakitangan PMMSB yang berdedikasi. Pasaran menjangkau 80 % kerana sistem jualan tiket bas setiap laluan disokong melalui kaunter yang berhubung terus melalui sistem e ticketing dan terdapat lapan kaunter sedia ada milik syarikat di:


I
Changlun
:
No 12, Arked Stesyen
 Bas dan Teksi, Changlun
II
Jitra
:
No 12, Kiosk Kaunter Bas Ekspres,
Bandar Darulaman
III
Alor Setar
:
Kaunter 12, Terminal Bas
Shahab Perdana, Alor Setar
IV
Hentian Duta
:
No 23 &24, Hentian Duta,
Kuala Lumpur
V
Terminal Pudu
:
No 39, Terminal Puduraya,
 Kuala Lumpur
VI
Terminal TBS
:

Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur
VII
Melaka Sentral
:
Kaunter No 3B, Jln Tun Abd Razak,
Peringgit, 73500 Melaka
VIII
Shah Alam
:
Seksyen 17, Shah Alam
IX
Johor Bahru
:
Lot Bt 42, Tingkat Bawah,
Larkin Central, Johor Bahru
X
Kota Bharu
:
No 6, Lembah Sireh,
 TESCO Kota Bharu


Setelah lebih dua tahun beroperasi PMMSB telah memberikan perkhidmatan pengangkutan kepada kira kira lebih 500 ribu pengguna tidak termasuk perkhidmatan ‘charter’yang juga termasuk dalam jadual aktivitinya. Ini bermakna masih terdapat kekosongan segmen pasaran yang dan adanya lompang yang masih boleh terokai.

C.  PERSAINGAN

Persaingan dikatakan sihat kerana terdapat ramai ‘pemain’ yang bergiat cergas memberikan perkhidmatan dan kualiti bergerak seiring meningkat mengikut kehendak pasaran. Bilangan pesaing pada masa ini untuk laluan PMMSB adalah agak selesa kerana setiap pengusaha bas ada kekuatan masing masing dan mempunyai ‘market share’ yang tersendiri.

Tambahan pula, lesen laluan yang baru diperolehi dapat menampung permintaan terhadap syarikat yang telah menamatkan perkhidmatan mereka seperti Tunjang, Naela, Taiping Holidays, Ekoba, Ekora dan Zulco. Terdapat juga pengusaha bas ekspres yang memulakan langkah konsolidasi terhadap perkhidmatan  mereka untuk pengurusan yang lebih efisyen dan menjimatkan.

Bagi laluan Tengah dan Selatan Semenanjung pertambahan bilangan penumpang adalah amat ketara sekali kerana ekonomi Malaysia masih bergerak pada landasan betul selaras dengan rangsangan ekonomi yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri. Langkah kerajaan melaksanakan dua kali rangsangan ekonomi telah merancakkan semula aktiviti tempatan serta tidak menyekat pengguna berbelanja dengan berhemah dan melakukan perjalanan sekiranya perlu.

Laluan Pantai Timur juga akan diteroka oleh PMMSB dalam pembangunan Fasa III syarikat di mana pengembelengan lojistik, modal insan dan pengurusan yang lebih menjurus kepada melengkapkan peranan syarikat di bidang pengangkutan awam.

BIODATA PANCARAN MATAHARI





Nama Syarikat
:
Pancaran Matahari (M) Sdn Bhd
No. Syarikat  
:
768246 U
Alamat  Berdaftar
:
No. 1503, Campbell Complex,
Jalan Dang Wangi,
50100 Kuala Lumpur
Tel : 03-2694 7933
Alamat Perniagaan
:
No. 215, Jalan Shahab 4,
Shahab Perdana,
05150 Alor Setar
Tel : 04-720 8388
Modal dibenarkan
:
RM5,000,000.00
Modal berbayar
:
RM3,940,000.00
Pemegang Saham
:



Nama & Alamat           


Bangsa

Pegangan
Saham(RM)

Pegangan
Saham(%)



Mohamad Uzir bin Salleh
No 66, Jalan Permai,
Suasana Permai,
Bandar Darulaman,
06000 Jitra,
Kedah Darul Aman

Fazilah binti Hussain
No. 30, Jalan 2/18,
Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan




Melayu






Melayu





   1,970,000.00






   1,970,000.00






        50






        50




LATAR BELAKANG PANCARAN MATAHARI SDN. BHD.


Pancaran Matahari (M) Sdn Bhd, PMMSB telah ditubuhkan pada 4hb April 2007 untuk memberi alternatif kepada perkhidmatan pengangkutan bas ekspres di Malaysia. Permohonan awal PMMSB telah diluluskan sebanyak 10 lesen kenderaan perdagangan kelas bas ekspres melalui surat Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan bertarikh 22hb November 2007.

Pada masa kini, PPMSB sedang mengendalikan pengangkutan pergi balik dari Sintok ke Klang, Sintok ke Melaka serta dari Klang ke Johor Bahru. Perkhidmatan ini telah mendapat permintaan yang tinggi kerana layanan servis yang baik serta mesra terhadap pelanggannya terutama masyarakat Changlun amnya dan mahasiswa Universiti Utara Malaysia khususnya.

PPMSB telah diasaskan dengan tekad memberikan keselesaan kepada penumpang serta layanan mesra, perkhidmatan cekap dan keselamatan diutamakan sampai  ke destinasi. Pilihan perkhidmatan ini juga memberikan kemudahan pembelian tiket bagi kira kira satu juta pengguna terdiri dari penuntut ( UUM, UiTM, UNIMAP, USM, UNIPETRONAS, POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI, INSTITUT PERGURUAN, INSTITUT KEMAHIRAN) serta penduduk Utara, Tengah dan Selatan Semenanjung.

Oleh kerana pertambahan permintaan ini, Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan telah meluluskan lagi pada 20hb March 2009, 20 lesen baru untuk 5 unit laluan Changlun ke Klang, 5 unit laluan Kuala Lumpur ke Johor Bahru serta 10 unit lagi laluan Changlun ke Kuala Lumpur. Sehubungan itu, PMMSB merancang menambah bilangan bas ekspres milik syarikat dan melebarkan perkongsian pasaran serta membantu merancakkan lagi aktiviti syarikat di masa hadapan.