Profail
syarikat PMMSB ini dibentuk dari pengalaman yang telah dilalui oleh Pengarah
Urusannya bermula dari ‘scratch’ 10 unit bas yang diluluskan terdahulu. Bilangan
bas ekspres sedia ada setelah ditambah pada tahun 2011 menjadikannya 20 buah.
Menerusi
kepakaran, pengalaman, usaha dan tenaga berterusan akan memberikan pulangan
yang memuaskan kepada pemegang sahamnya selain memberi ketunaian yang mencukupi
di sepanjang tempoh perniagaan ini.
Profail ini di
harap boleh membantu pihak yang ingin berurusan dengan PMMSB supaya menilai
secara keseluruhan keupayaan, pengurusan dan pasaran yang telah dikembangkannya
setelah dua tahun beroperasi melibatkan diri dalam industri pengangkutan di Malaysia .
Pihak kerajaan
telah menumpukan usaha menambahbaik terminal bas seluruh negara, dan di pihak
lagi satu, pengusaha bas telah pun menaik taraf koc eksekutif masing masing
supaya memenuhi kehendak masyarakat yang memerlukan keselesaan ketika melakukan
perjalanan yang jauh.
Adalah di
harap para pengguna akan menghargai kemudahan kelas pertama yang di sedia di
setiap laluan perjalanan oleh kedua dua pihak serta menggunakan kemudahan
tersebut secara berhemah dan bijaksana.
Projek bas
ekspres untuk 3 laluan perjalanan yang telah diluluskan LPKP dengan 8 buah bas
‘single deck’ dan 12 buah bas ‘double deck’ adalah projek yang berdaya maju
untuk dilaksanakan serta dapat merealisasikan transfomasi perkhidmatan
pengangkutan awam bertaraf negara maju pada tahun 2020 nanti.
No comments:
Post a Comment