A.
PASARAN SECARA AM
Pengangkutan
bas ekspres adalah merupakan pilihan utama dan popular antara pengangkutan awam
yang ditawarkan kepada masyarakat di Malaysia. Kos
perkhidmatannya tidak terlalu mahal berbanding teksi atau kereta sewa dan
kapalterbang serta dengan pelbagai pilihan, perkhidmatan bas ekspres telah
meningkat penggunaannya.
Dalam era
globalisasi ini, penumpang lebih cerewet dan memilih syarikat pengangkutan bas
ekspres yang hanya menepati citarasa mereka kerana terdapat pelbagai pilihan
bas yang boleh dinaiki. Antara kriteria pilihan penumpang adalah keselesaan
tempat duduk, bas baru dan menarik, keselamatan penumpang, kekerapan jadual dan
laluan perjalanan, waktu perjalanan yang sesuai, pemandu yang berhemah dan
mesra serta harga tiket yang berpatutan.
Pasaran utama
adalah tertumpu kepada penduduk di Pantai Barat Semenanjung Malaysia seperti
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri
Sembilan dan Johor yang diliputi oleh lesen laluan tersebut.
Terkini,
pasaran yang akan digarap syarikat meliputi pengguna yang sering melakukan
perjalanan kerja secara harian dan mingguan ke bandar bandar. Sebahagian besar
penumpang juga terdiri dari pelajar atau penuntut dari universiti, kolej
swasta, politeknik yang berada di sekitar laluan Pantai Barat dan Pantai Timur.
Kebanyakan perjalanan berkumpulan sekeluarga pula sering memenuhi segmen musim
cuti sekolah dan ketika musim perayaan utama di Malaysia. Seterusnya perkhidmatam
PMMSB juga menjadi kegemaran perjalanan pelancong pelancong samada tempatan
atau luar negeri
B.
PASARAN SYARIKAT
Laluan
perkhidmatan bas PMMSB kini menggunakan 20 buah bas ekspres baru berjenama
Scania iaitu 12 unit ‘double decker’ dan 8 unit ‘single decker’meliputi dua
laluan utama dan satu laluan baru iaitu:
I Kuala Perlis – Kangar - Sintok - Changlun –
Jitra – Alor Setar –Sungai Petani – Butterworth
Ipoh – Kuala Lumpur – Shah Alam –
Klang –Kajang - Seremban – Melaka dan sebaliknya.
II Klang – Shah Alam - Kuala Lumpur –
Kajang – Seremban – Melaka – Johor Bahru dan sebaliknya.
III Laluan yang akan bermula tahun 2011 ialah
Jitra -Kuala Perlis – Kangar - Sintok-Changlun –
Alor Setar - Sungai Petani – Butterworth –
Kulim - Kota Bharu - Kuala Terengganu dan sebaliknya
Jumlah
bilangan penumpang di kesemua laluan ini telah bertambah akibat keselesaan dan perkhidmatan
mesra yang diberikan oleh kakitangan PMMSB yang berdedikasi. Pasaran menjangkau
80 % kerana sistem jualan tiket bas setiap laluan disokong melalui kaunter yang
berhubung terus melalui sistem e ticketing dan terdapat lapan kaunter sedia ada
milik syarikat di:
I
|
Changlun
|
:
|
No 12,
Arked Stesyen
|
|
|
|
Bas dan
Teksi, Changlun
|
II
|
Jitra
|
:
|
No 12,
Kiosk Kaunter Bas Ekspres,
|
|
|
|
Bandar Darulaman
|
III
|
Alor
Setar
|
:
|
Kaunter
12, Terminal Bas
|
|
|
|
Shahab Perdana, Alor Setar
|
IV
|
Hentian
Duta
|
:
|
No 23
&24, Hentian Duta,
|
|
|
|
Kuala Lumpur
|
V
|
Terminal
Pudu
|
:
|
No 39,
Terminal Puduraya,
|
|
|
|
Kuala
Lumpur
|
VI
|
Terminal
TBS
|
:
|
Bandar
Tasik Selatan, Kuala Lumpur
|
VII
|
Melaka
Sentral
|
:
|
Kaunter
No 3B, Jln Tun Abd Razak,
|
|
|
|
Peringgit, 73500 Melaka
|
VIII
|
Shah
Alam
|
:
|
Seksyen
17, Shah Alam
|
IX
|
Johor
Bahru
|
:
|
Lot Bt
42, Tingkat Bawah,
|
|
|
|
Larkin Central, Johor Bahru
|
X
|
Kota
Bharu
|
:
|
No 6,
Lembah Sireh,
|
|
|
|
TESCO Kota
Bharu
|
Setelah lebih dua
tahun beroperasi PMMSB telah memberikan perkhidmatan pengangkutan kepada kira
kira lebih 500 ribu pengguna tidak termasuk perkhidmatan ‘charter’yang juga
termasuk dalam jadual aktivitinya. Ini bermakna masih terdapat kekosongan
segmen pasaran yang dan adanya lompang yang masih boleh terokai.
C. PERSAINGAN
Persaingan
dikatakan sihat kerana terdapat ramai ‘pemain’ yang bergiat cergas memberikan
perkhidmatan dan kualiti bergerak seiring meningkat mengikut kehendak pasaran.
Bilangan pesaing pada masa ini untuk laluan PMMSB adalah agak selesa kerana
setiap pengusaha bas ada kekuatan masing masing dan mempunyai ‘market share’
yang tersendiri.
Tambahan pula,
lesen laluan yang baru diperolehi dapat menampung permintaan terhadap syarikat
yang telah menamatkan perkhidmatan mereka seperti Tunjang, Naela, Taiping
Holidays, Ekoba, Ekora dan Zulco. Terdapat juga pengusaha bas ekspres yang
memulakan langkah konsolidasi terhadap perkhidmatan mereka untuk pengurusan yang lebih efisyen
dan menjimatkan.
Bagi laluan
Tengah dan Selatan Semenanjung pertambahan bilangan penumpang adalah amat
ketara sekali kerana ekonomi Malaysia
masih bergerak pada landasan betul selaras dengan rangsangan ekonomi yang
diumumkan oleh YAB Perdana Menteri. Langkah kerajaan melaksanakan dua kali
rangsangan ekonomi telah merancakkan semula aktiviti tempatan serta tidak
menyekat pengguna berbelanja dengan berhemah dan melakukan perjalanan sekiranya
perlu.
Laluan Pantai
Timur juga akan diteroka oleh PMMSB dalam pembangunan Fasa III syarikat di mana
pengembelengan lojistik, modal insan dan pengurusan yang lebih menjurus kepada
melengkapkan peranan syarikat di bidang pengangkutan awam.